Ibu Pejabat Polis Daerah
85000 Segamat, Johor
Tel : 07-9312222
Fax : 07-9312993
www.polissegamat.net
Anda boleh menghantar sebarang maklumat atau aduan disini. Maklumat anda adalah rahsia
Pengambilan jawatan di dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia adalah di bawah tanggungjawab Unit Pengambilan Bukit Aman, Kuala Lumpur. Iklan pengambilan disiarkan dalam akhbar tempatan dari masa ke semasa dan borang boleh diperolehi dari mana- mana Ibu Pejabat Polis Daerah. Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Unit Pengambilan Bukit Aman di talian 03-22626320
BERITA MENARIK DI DALAM

KES TANGKAPAN DADAH

Rabu, 29 Disember 2009, Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Abdul Majid Bin mohd Ali telah membuat sidang akhbar dibilik gerakan IPD Segamat dimana pada 24/12/2009 jam 7.30 pagi sepasukan polis dari Cawangan Narkotik IPD Segamat diketuai oleh Insp Zainal Azrie Bin Shuib telah membuat serbuan ditingkat bawah sebuah hotel di Segamat dan telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki Cina berumur 44 tahun dan seorang perempuan melayu berumur 26 tahun dan telah merampas sejumlah 37 gram dadah jenis heroine dan 5.2 gram dadah jenis syabu dari suspek.

Berita Penuh...
SELAMAT DATANG
KURSUS ASAS FOTOGRAFI ANJURAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEGAMAT BERSAMA BAHAGIAN BANTUAN TEKNIKAL FOTOGRAFI JSJ D6C BUKIT AMAN

Selasa, 8 Disember 2009, Cawangan Latihan Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat dengan kerjasama dari Bahagian Bantuan Teknikal Fotografi Jabatan Siasatan Jenayah D6 Bukit Aman telah menganjurkan Kursus Asas Fotografi bertempat di Kelab Polis IPD Segamat. Kursus yang diadakan bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir sehingga jam 10.00 malam telah disertai seramai 35 orang terdiri daripada Pegawai Penyiasat dan Penolong Pegawai Penyiasat dari Cawangan Jenayah, Narkotik dan trafik . Selain itu Ketua-Ketua Polis Balai dan anggota dari pelbagai cawangan juga menyertai kursus tersebut..

Berita Penuh..


PROGRAM KEM BINA INSAN DAN JATI DIRI ANJURAN JABATAN PERPADUAN DAN POLIS IPD SEGAMAT

Jumaat, 20 November 2009, Jam 8.00 pagi satu program kemasyarakatan telah anjuran Jabatan Perpaduan Daerah Segamat dan Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat telah dijalankan. Program yang telah dirancangkan bersama oleh Jabatan Perpaduan dan Polis Di Raja Malaysia IPD Segamat adalah ekoran daripada kejadian pergaduhan antara pelajar cina dan melayu di sekolah.

Berita Penuh...

SAMBUATAN HARI DEPAVALI 2009 PERINGKAT IPD SEGAMAT


Sabtu, 14 November 2009, Jam 10.00 pagi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat telah mengadakan Majlis jamuan sempena sambutan Hari Depavali peringkat IPD Segamat bertempat di Kelab Polis IPD Segamat.

Berita Penuh

hit counter
free hit counter code
Anda Pengunjung Ke
[Cawangan Khas] [Bahagian Jenayah] [Bahagian Pengurusan] [Bahagian Logistik]
[Bahagian Ket.Awam / Trafik] [Bahagian Narkotik]
Paparan dalam sistem sesuai menggunakan Internet Explorer 6 ke atas dan resolusi skrin 1024 x 768
Disediakan oleh : Cawangan Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah, 85000 Segamat, Johor.
  E-mel : hea_ipdsegamat@polissegamat.net / hea_ipdsegamat@yahoo.com








KES ORANG HILANG

Khamis, 3 Disember 2009, satu laporan dibuat bersabit Jementah Rpt : 1332/09 berhubung kes Keluar rumah seorang perempuan melayu nama Habshah @ Hafsah Binti Ibrahim, berumur 58 tahun, no kad pengenalan 511010-01-5754 di alamat No 1 Jalan Aman 2, Taman harmoni Jementah Segamat. Orang ramai yang mengetahui atau mengenali wanita di atas, dikehendaki menghubungi pihak polis yang berdekatan atau menghubungi terus pegawai penyiasat SM Mohd Maslan Bin Jaafar ditalian 07-9471222 atau 012-7067988

Berita Penuh..
TNGKAPAN 3 KES DADAH

Selasa, 11 Januari 2010, Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Abdul Majid Bin mohd Ali telah membuat sidang akhbar dibilik gerakan IPD Segamat dimana memberitahu berhubung 3 kejayaan polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat dimana kes pertama pada 7 Januari 2009 jam lebih kurang 11.15 malam, sepasukan polis dari Cawangan Narkotik IPD Segamat telah membuat serbuan disebuah rumah di Kampung Tenang Setesen

Berita Penuh...
OPERASI TAHUN BARU CINA

23 Februari 2010 Dalam sidang akhbar Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Abdul Majid Bin Mohd Ali menyatakan seminggu sebelum dan seminggu selepas Sambutan Tahun Baru Cina, Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat telah melancarkan Operasi Sempena Sambutan Tahun Baru Cina bertujuan menangani dan menyekat aktiviti perjudian, bunga api dan mercun serta pelacuran...

Berita Penuh...